Produk akan dihantarserah kepada anda dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan borang pesanan dan bayaran penuh. Jika anda tidak berpuas hati dengan pembelian anda, sila kembalikan produk dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh produk diterima, berserta resit penghantaran asal.

Produk yang dipulangkan akan diperiksa dan anda perlu sertakan resit pembelian dan produk tersebut mesti berada dalam keadaan yang baik dan masih boleh dijual semula. Pembungkusan produk yang dipulangkan (serta invois) mestilah dalam keadaan yang sempurna bagi tujuan pengembalian wang. Jika produk didapati rosak maka tiada pengembalian wang akan diberikan. Anda harus membayar caj penghantaran yang dikenakan di atas pemulangan barangan tersebut. Home Direct Shopping Sdn Bhd (Home Direct) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan produk semasa proses kurier. Setelah Home Direct menerima produk yang dipulangkan, kami akan menolak kos penghantaran dan mula memproses untuk wang anda dikembalikan. Wang anda akan dikembalikan dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh pemulangan produk.

Untuk maklumat lanjut mengenai pemulangan produk dan pengembalian wang , sila emel pusat perkhidmatan pelanggan kami di [email protected] atau hubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami di talian 03 271 66 333.